2012/07/18

Tips Memiliki Rumah Idaman

Type House: Low Cost Double Storey Terrance Corner (Front View)

Extend In Progress 1

Extend In Progress - Up View

Extend In Progress- Back View

Mungkin banyak yang tertanya-tanya macamana nak beli rumah? Dan banyak yang takut nak bertanya dengan penjual rumah or broker rumah....so, disini saya nak kongsi sedikit pengalaman hampir setahun yang lalu (May 2011) sebelum semasa dan selepas proses mendapatkan rumah idaman anda.

SEBELUM
Perlu diingatkan supaya :
1. Anda memilih perumahan yang strategik dengan tempat kerja anda.
2. Anda tentukan pilihan rumah jenis Satu tingkat (teres atau double atau semi D) ? atau Dua tingkat (teres atau double ata semi D)?
3. Baca sebanyak mungkin surat khabar kerana di section iklan ada promosi perumahan.. atau carilah di internet atau pergi ke expo perumahan yang selalu diadakan di Shopping mall (ambik flyers nya). Gunting atau printout semua iklan perumahan untuk buat perbandingan.
4. Bertanya dengan kawan yang sudah membeli rumah.
5. Jangan lupa untuk mengkaji latar belakang syarikat perumahan...ya.....sebab banyak kes sekarang. Bayar deposit tp rumah tak siap2....so, kena kaji reputasi syarikat tersebut juga.

SO, dah buat keputusan???  Telefon la number salesman yang ada dalam flyers tu.

SEMASA
Mari kita berjumpa dengan salesman tersebut. Jangan malu la...sebabnya mereka2 ni sangat peramah. Dia akan bawa anda ke lokasi perumahan untuk melihat tanah atau apa2 sahaja yang ingin di survey la.. saya dulu, rumah tu dah siap sepenuhnya..so, saya tak payah nak risau jika rumah tersebut siap atau tak siap.

1. Buat perbincangan dengan salesman hal seperti berikut:
a. HARGA RUMAH
- Tanya betul-betul harga rumah berapa..sebabnya, harga rumah berubah mengikut stage penyiapan rumah. Contohnya,jika rumah belum wujud di mata..hanya dalam kertas cadangan harga sangat murah..dan bila dia siap 20%..harga naik...sebab itu..bila korang tanya jiran nanti..harga rumah lain2...(jangan korang mengamuk pulak)
Kalo xdapat nak minta kurang harga....minta benda-benda lain. Macam saya dulu..sy dapat 1 unit Aircondition free 9000 btu. Hahaha...

b. BANK (Chargee)
- kena survey n bincang kerana setiap bank lain interest %. Dan berapa tahun nak loan...

c. BENEFITS
Kalo macam saya dulu dia bagi free Legal fee & Stamp duty.
And mantainance selama 1 year. So, jika ada kerosakan selama 1 tahun bermula tarikh dia bai kunci rumah..maintainance adalah percuma.

So, sudah faham? kena tanya betul-betul sebab takut menyesal nanti.
Dulu, saya dikehendaki untuk:
Sediakan slip gaji (3 bulan), IC, bank statement, transkrip/ sijil ijazah (jika anda adalah seorang pemegang ijazah, EPF statement 

2. Salesman akan mencari bank yang bersesuaian dan mereka uruskan lawyer yang akan menguruskan semua agreement. Dan, semasa dia menguruskan hal tersebut...dia akan meminta bayaran deposit untuk secure rumah yang telah kamu book. Dulu saya bayar RM500..... dan masih banyak bayaran yang diminta la.. sebab saya loan 90%..saya kena bayar 10% of it sebelum saya sign agreement yang punyala tebal sampai tangan saya letih sign.

3. Berjumpa dengan lawyer anda..berbincang...dan selepas itu(2 3 hari selepas dia uruskan semua dokumen) dia akan call untuk sign SPA, MOT & MOC.. macam tu la nama dia. Harap betul la..

4. DAH siap? belummmm...jumpa dengan pegawai bank. dan dia akan minta pendahuluan bayaran rumah. dan bayaran satu lagi (tak ingat nama,tp dia akan minta byrn untuk charge org yg ambik gambar rmh la...kira2 mcmtu la)...

SELEPAS
Hu...lega..proses nya tak lama tapi memenatkan la juga sebab jumpa orang ini,orang itu...Duit pun terbang.. hahaha.
So,dah siap.....company tersebut akan bagi kunci rumah dan boleh duduk rumah. renovation boleh dilakukan asalkan tak melanggar undang-undang la..
macamna nak duduk kalo xda air n elektrik??? satu masalah lagi...takpa jangan risau. Saya bagi tip:
1. Jumpa Lembaga Air daerah. Ingat bawa dokumen yang telah kamu sign untuk menjadi rujukan mereka.
2. Jumpa SESCO (kalo di Sarawak) , bawa juga dokumen dan buat bayaran seperti yang mereka minta untuk elektrik disambungkan ke rumah anda. Dulu saya bayar RM700.

Saya harap informasi yang diberikan membantu anda memiliki rumah yang diidamkan dan mungkin saya ada tertinggal maklumat..maafkan saya dan kita boleh berkongsi pengalaman anda..just leave a comment... selamat maju jaya!!

Loveliess Blogger