Disebabkan tiada bekalan elektrik di Kawasan Belawai, kami semua bersepakat untuk breakfast di Bandar Tanjung Manis bertolak dari Resort pkul 9 pagi. Namanya agak seperti 'Kebandaran', jalannya sangat lurus dan berganda bagus dari Main Road Jln Persekutuan dan ada banyak cadangan development yang dibuat oleh Kerajaan Sarawak seperti Hab Halal, kawasan industrial.. Tetapi, perasaan yang sungguh excited ini menjadi hambar dan suram setelah melihat Bandar Tanjung Manis ini, its a Ghost Town!! Tidak ada orang pun! Ada banyak deretan kedai tetapi kedai banyak tutup. Jalan ke kawasan bandar penuh dengan daun gugur yang bermakna tiada kenderaan yang lalu-lalang. Sungguh sadis!! Harapan kami Tanjung Manis ada banyak kemudahan berbanding Belawai sangat menghampakan. Yang paling teruk adalah Tiada Petrol Station walaupun ini merupakan kawasan Industrial. Kedai Petrol yang terdekat adalah Bandar Sibu yang berjarak 108km dari Belawai. Bayangkan...?! So, kami makan di kedai din