Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Tattoo

Ukir Bansa Iban

Ukir Iban atau Pantang merupakan ukiran yang dicacah di badan masyarakat bangsa Iban.   Untuk pengetahuan semua , lelaki Iban yang mempunyai tatu Bunga Terung adalah kerana mereka dikatakan mempunyai tanggungjawap yang besar dalam sesebuah keluarga mereka . Dahulu sebelum proses mencacah Tatu dibadan , maka harus ada upacara 'miring' diadakan seperti memohon keberkatan kepada dewa - dewa perang .  Tatu tersebut dikatakan mempunyai semangat spritual yang tinggi kepada si pemilik tatu iaitu ianya memberi kekuatan kepada bahu kerana segala aktiviti berat akan dipikul di bahu , seperti contoh memikul bebanan sebagai anak laki-laki kepada keluarganya. Selain itu corak 'pusaran' didalam tatu Bunga Terung tersebut dikatakan melambangkan sebuah kehidupan baru dan mendapat 'kuasa' daripada perut berudu.  Tatu ini juga penting bagi anak lelaki Dayak yang keluar merantau atau mengembara jauh daripada kawasan mereka dan ianya dikatakan sebagai azimat kekal 'mantera w...