Pertunangan kami diadakan setahun sebelum perkahwinan iaitu pada 11 Oktober 2014. Akhirnya setelah beribu kali terasa ingin untuk berkongsi baru hari ini artikel pertunangan kami berjaya diceritakan. Pertunangan merupakan satu bahagian yang penting dalam hubungan cinta pasangan Kristian yang ingin mendirikan rumahtangga. Ianya adalah tahap ujian dan pertunangan ini boleh dibatalkan atas sebab2 tertentu. Pertunangan dalam Kristian gereja Borneo Evangelical Church tidak memberi `lesen` kepada pasangan untuk hidup seakan suami isteri. Sila ingat itu! Ingin tahu lebih lanjut boleh lah http://teofanydorm.blogspot.my/2015/12/etika-pacaran-dan-pertunangan-kristen.html?m=1 click link ini, dia menghuraikan pertunangan Kristian dengan sangat jelas. Sebelum tarikh pertunangan ditetapkan ibu bapa lelaki datang ke rumah berbincang mengenai hubungan kami. Berkawan sudah lama sejak tahun 2005 dan ibu bapa lelaki ingin hubungan kami ke tahap lebih serius. Pada masa perbincangan, suami tidak...