Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2014

Taman dengan Kolam Mini Moden (part 1)

Sabtu lepas disebabkan cuaca bagus yang tidak hujan di Siburan. Terus berhasrat untuk menyiapkan kerja mengorek tanah dgn cangkul.. Tanah tidak berapa keras untuk dicangkul sebab bbrp hari kblkangan ini, bumi dibasahi dgn hujan. Dengan berbekalkan Hasrat dan Niat.. Maka, bekerjalah.. Larat ke tak?? Mula2 mmg rasa tak larat dan tak mampu ttp,.. Niat itu kuat sangat. Tak sabar nak lihat ada kolam mini sendiri kan...  Adalah lebih kurang 3 jam mengorek tanah yang tak seberapa dalam pun.. Hahaha dan mengalihkan tanah ke batas bunga.  Akhirnya... Siap juga stage pertama dalam menjayakan projek ini....Tanah dikorek sedalam 15cm.. Dah tak larat nak korek dalam lg dari tu. Dalam lakaran kasar nak korek 1 kaki. Tetapi apakan daya... Tukar plan B.. Nanti naikkan bata setinggi 2 kaki la.... Hehehe... 

Taman dengan Kolam Mini Moden ( Lakaran Idea)

Lepas membeli rumah beberapa tahun ni..kelihatan laman rumah sangat kosong dan sepi. Tiada tempat untuk duduk melepak petang2 dan seri rumah macam hilang. So, mula la kepala memikirkan untuk membuat projek kecil di laman rumah. Disebabkan saya dulu bljr seni lukisan, jadi tidak sukar untuk membayangkan keadaan taman dengan kolam mini yg sedang berlegar2 di fikiran ini. Sebelum melakar, sy juga mengkaji kolam mini yang terdapat di google image juga. Belajar sikit2 dan belajar untuk memahami selok belok membangunkan kolam mini sendiri. Bg sy, kalo orang lain dpt buat.. Knp tidak sy?? Lukisan di bawah merupakan rough sketch yg sy inginkan dpt direalisasikan bbrapa bulan nnt di laman rumah sy.  Selepas itu sy mula mengukur laman dengan pita pengukur untuk memudahkan kerja lakaran saya yang seterusnya. Selepas mengukur, sy menandakan tempat dengan batu bata. Okay! Siap membuat tanda.. Sy dah ada ukuran (dalam kaki) - ia akan memudahkan kerja lakaran overview. Sy memulakan lakaran kasar ukur