Skip to main content

Taman dengan Kolam Mini Moden ( Lakaran Idea)

Lepas membeli rumah beberapa tahun ni..kelihatan laman rumah sangat kosong dan sepi. Tiada tempat untuk duduk melepak petang2 dan seri rumah macam hilang. So, mula la kepala memikirkan untuk membuat projek kecil di laman rumah. Disebabkan saya dulu bljr seni lukisan, jadi tidak sukar untuk membayangkan keadaan taman dengan kolam mini yg sedang berlegar2 di fikiran ini. Sebelum melakar, sy juga mengkaji kolam mini yang terdapat di google image juga. Belajar sikit2 dan belajar untuk memahami selok belok membangunkan kolam mini sendiri. Bg sy, kalo orang lain dpt buat.. Knp tidak sy?? Lukisan di bawah merupakan rough sketch yg sy inginkan dpt direalisasikan bbrapa bulan nnt di laman rumah sy. 

Selepas itu sy mula mengukur laman dengan pita pengukur untuk memudahkan kerja lakaran saya yang seterusnya. Selepas mengukur, sy menandakan tempat dengan batu bata.

Okay! Siap membuat tanda.. Sy dah ada ukuran (dalam kaki) - ia akan memudahkan kerja lakaran overview. Sy memulakan lakaran kasar ukuran panjang, lebar keseluruhan taman serta kolam mini. 

Selepas membuat beberapa kajian dan pembacaan di dalam internet. Sy memutuskan untuk menggunakan gravity fed iaitu menggunakan Bottom Drain (BD). So, nnt dasar kolam akan dicondongkan bagi menyenangkan air untuk masuk melalui BD seterusnya masuk ke Setling Chamber. 
( belum tahu jadi atau x sehingga projek kecil ini betul2 berjalan kelak)

Jadi, seterusnya adalah lakaran kasar mengenai SC - ini yang saya faham setakat ini. Air yang masuk dari BD tadi akan masuk ke SC seterusnya di serap masuk ke tempat filter air supaya bersih. Disini saya aplikasikan sistem mineral yang ada di rumah saya. Selepas itu, air yang sudah ditapis akan masuk semula ke kolam. ( Jika silap, sila bagi tunjuk ajar ya...) 

Ini adalah sistem per- paip- an yang secara kasar la.. Air akan keluar di tiga tempat seperti di lakaran. 


Hahaha.. I know im a amatur! But, hopefully my try will success. Anggaran masa untuk projek kecil ini selama 6 bulan la.. Kalau cepat dari tu, wahhhh... Itu kemajuan sudah!! Update akan menjelang lagi untuk panduan bagi wanita2 seperti saya yang ingin menghasilkan kolam mini sendiri. 










Comments

  1. 안녕하세요! Hi~! this is twinscraftlife^^ We sell handmade crafts^^ pls visit our blog shop^^ 꼭 오세요^^ twinscraftlife.blogspot.com

    ReplyDelete

Post a Comment

Thanks for dropping your mind here...have a nice day ^^