Skip to main content

Tips Untuk Persediaan Pertunangan

Banyak perkara yang perlu difikirkan walaupun ianya sekadar Majlis Pertunangan (Engagement Party). Menghitung hari sebab majlis pertunangan akan berlangsung tidak lama lagi pada bulan Oktober ini... Beberapa perkara telah dibincangkan.. tarikh pertunangan pun bertukar dua kali sudah. hahhaha. So, tips bagi yang ingin bertunang..Check it out!!

1. Suasana majlis
Suasana majlis ini sangat penting sebab dia akan mempengaruhi tempat majlis pertunangan akan diadakan. Setelah berbincang dengan kedua belah family..sama2 berpakat untuk mengadakan majlis kecil-kecilan sahaja.

2. Orang yang dijemput
Tadi dah mention mahu buat majlis kecil-kecil. Orang yang dijemput adalah:
a. Keluarga terdekat
b. Kawan rapat
reason: we want to invited and surround ourself with our loved and closed friends & relative to witness our special day. 

3. Tempat 
Tempat majlis pertunangan adalah di tempat pihak perempuan.. so, venue adalah di rumah saya sahaja. Sekarang tengah busy me-renovate rumah.. besarkan dapur dan bilik makan. 

4. Tema
Tema adalah santai...ala2 backyard party yang Orang Putih salu buat. Nak buat tema macam tu mmg agak sukar sbb budaya orang timur ni ssh nak santai2 dan sempoi... tapi bagi saya ianya lebih intimate dan personal sebab kita dapat berjalan2 dan bebas bercakap dengan kawan dan keluarga. Hope idea santai itu berjaya dan i will post detail mengenai step by step backyard party saya tu nanti. Bayangan saya mengenai backyard party adalah seperti gambar di bawah..love the lighting.... and thanks goodness, saya punya laman yang tidak besar dan tidak kecil untuk memuatkan kira2 70 pax ppl.

5. Kad jemputan
Mula2 berfikir tak payah la berkad-kad jemputan ini. Tetapi setelah berfikir mengenai kewajarannya.. i come out with very personal design card...iaitu Comic Style Engagement Card - both of us love the design! will be printing and distributed on September. Bila dah diedarkan, baru saya post mengenai card tersebut owkay!
Kenapa perlu invitation card? 
a. kalo kita menjemput dengan mulut...nanti kita tak dapat mengangarkan berapa orang yang akan datang. takut terlebih orang yang datang dan makanan yg disediakan tidak mencukupi
b. perlu sebab nak "menapis" orang-orang yang akan datang ke majlis anda.....

6. Makanan & minuman
Katering atau masak??? hah... itu persoalan yang  selalu timbul. Tetapi dalam kes kami..makanan akan disediakan oleh pihak lelaki dan menurut apa yang ibu Fabian kata: masak di rumah saya nanti. So, terpaksalah saya mengerah tenaga anty2 n kasen2 untuk memasak nih.. Menu perlu dibincangkan spy tak ada yang tidak bpuas hati kelak.. Untuk meringankan kerja, masa majlis nnt disediakan cawan, pinggan, sudu PAKAI & BUANG. Tidak menyusahkan keluarga....

7. Pakaian anda dan pasangan
Pening juga nak fikir nak guna baju apa masa ni nnt.. Siap2 usha baju di google pulak.. So, harus berbalik semula kepada tema majlis-baju harus bsesuaian dgn tema dan suasana majlis. Takkan nak guna dress yg pnjg sedangkan suasana adalah outdoor? Padankan dgn tema okay! 
We were looking for something casual like picture below....



8. Cincin 
Cincin jangan dilupak!! Haha... Apalah guna buat majlis pertunangan kalo tak ada cincin kan? Beli la awal dan kalo boleh bawa la pasangan bersama spy senang mmilih saiz yg bsesuaian dgn jari pasangan.. Kalo ptunangan Kristian, cincin di sebelah kiri jari manis - kalo boleh cincin tunang tu design 'belah rotan' sahaja.. 

So, diharapkan tips ini berguna bagi anda yang ingin mengadakan majlis pertunangan... Relax dan plan awal supaya tidak tergesa2.. Have fun!! 


Comments