Sebelum buat apa2 persiapan untuk perkahwinan, demi melicinkan proses membuat keputusan dan perbelanjaan kena lah pasangan bakal pengantin tahu apa tema untuk perkahwinan.
Kenapa Tema itu sangat penting dan mempengaruhi keputusan?
1. Mudah untuk survey doorgift
Bila dah tahu tema.. Nak survey doorgift pun senang. Untuk perkahwinan saya, kami berdua sebulat suara memilih tema Vintage dengan warna Hijau menjadi pallete kepada tema kami. Kalau kmu dan pasangan masih lagi tercari2 tema..
Tips: kenalpasti watak pasangan masing2 , baca banyak info mengenai tema perkahwinan di Laman Web.
*ku kan buat entry pasal doorgift yang btemakan vintage nanti ya!!! Hopefully i got time to update☺️
2. Memudahkan pemilihan baju untuk perkahwinan
Perempuan paling susah pilih baju kan?? So, tanpa arah tujuan...sesat la kita. Tapi bila kita dah tahu tema apa, nak pilih baju utk diri dan pasangan pun mudah. Kita dapat membuat rujukan dengan mudah. Disebabkan tema kami Vintage, tiada masalah sangat untuk pemilihan baju ( saya akan buat entry mengenai sesi fitting di Touch Bridal Studio Kuching). Kalo tak puas hati dengan baju yang sedia ada, custom design your own wedding dress lah 😉
3. Memudahkan keputusan 'dimana tempat perkahwinan yang sesuai?'
Tempat perkhwinn dimana? Pantai? Rumah? Gereja? Restaurant? Ballroom? Semua tu menjadi persoalan sebelum kami berdua decide tema perkhwinan. SelepS memilih tema Vintage, kami sepakat untuk mengadakan perkahwinan yang sederhana di gereja sahaja. Misi mencari gereja yang sesuai di Kuching senang tapi parents saya tipikal... Mesti juga di gereja dimana saya dibaptis. Tapi syukur lah! Pilihan skop km sikecilkan kepada gereja BEM sahaja. Ku dah berangan2 untuk berkahwin di gereja KEC sebenarnya tapi, oleh kerana prosedur gereja yang hanya membenarkan jenaat untuk mggunakan gereja, tpksa mencari gereja lain. Akhirnya, my mom suggest BEM The Way yang terletak di jalan Kempas. Me and one of my bridemaid survey... Meet my requirements... The church is green too.. Modern but simple design... So, mmg sesuailah!
4. Proses mendesign Kad Kawin pun berjalan lancarrrr.....
Tema dah tahu..then tinggal survey and search di google jak ' Vintage Wedding Card'... So, semuanya go smooth.. Sbnrnya tak mau design sendiri, mok suruh org tp apa yang saya mahu buat sy tak puas hati.. Last2.. Design sendiri. *will buat entry mengenai Wedding Card saya nanti okay!!!
See.. Banyak kegunaan dan manfaat bila awal2 dah kita dan pasangan decide mengenai tema perkahwinan kn?. Hope every bride-to-be start discussing your theme for the wedding ya! Selamat mengatur perkahwinan. 😊
Comments
Post a Comment
Thanks for dropping your mind here...have a nice day ^^