Skip to main content

Hari Kedua di Pantai Belawai & Tanjung Manis


Disebabkan tiada bekalan elektrik di Kawasan Belawai, kami semua bersepakat untuk breakfast di Bandar Tanjung Manis bertolak dari Resort pkul 9 pagi.
Namanya agak seperti 'Kebandaran', jalannya sangat lurus dan berganda bagus dari Main Road Jln Persekutuan dan ada banyak cadangan development yang dibuat oleh Kerajaan Sarawak seperti Hab Halal, kawasan industrial..
Tetapi, perasaan yang sungguh excited ini menjadi hambar dan suram setelah melihat Bandar Tanjung Manis ini, its a Ghost Town!!  Tidak ada orang pun! Ada banyak deretan kedai tetapi kedai banyak tutup.
Jalan ke kawasan bandar penuh dengan daun gugur yang bermakna tiada kenderaan yang lalu-lalang. Sungguh sadis!! Harapan kami Tanjung Manis ada banyak kemudahan berbanding Belawai sangat menghampakan. Yang paling teruk adalah Tiada Petrol Station walaupun ini merupakan kawasan Industrial. Kedai Petrol yang terdekat adalah Bandar Sibu yang berjarak 108km dari Belawai. Bayangkan...?! So, kami makan di kedai dinamakan Happy Seafood. Selepas itu jalan2 ambik gambar di Tanjung Manis Wharf. Memang xnampak orang, cuma kami 7 buah kereta konvoi memeriahkan tempat macam orang pelancong. Balik semula ke resort kira2 pukul 11am. Hahaha


Balik ke resort dengan harapan, bekalan elektrik sudah ada akan tetapi penyelengaraan masih juga dilakukan oleh pihak Sesco. Sedih, sebab air tiada dan keadaan sangat panas. Jadi, semua tukar pakaian, bermain di pantai untuk lupakan sebentar kejadian tiada bekalan elektrik. 
Untuk aktiviti santai, semua turun ke pantai. Golongan yang lebih tua membawa pukat sebab mmg sudah plan mok menangkap ikan. Ada ikan? Yesss.... Sedikit tangkapan untuk makanan kami petang nanti. Ada aktiviti BBQ untuk makan malam km nanti. Yang lebih muda, apalagi bermain layang-layang. 




Selepas itu, pergi kaunter untuk booked aktiviti ATV ride dan banana boat. Kena tunggu turn utk ATV Ride sbb hanya 1 ATV shj yg digunakan. 1 lagi maybe rosak. Cuaca mmg sgt sesuai untuk aktiviti pantai dengan angin yang sepoi2. Kami dimaklumkan pihak resort tidak ingin mengambil risiko untuk aktiviti Banana Boat sbb takut kejadian seperti hari pertama berlaku lagi so, km hanya pasrah sahaja. Next time lah. 

Pukul 3 baru ada elektrik,kbanyakkan orang dah masuk bilik untuk menikmati air-con dan rehat sebentar. Tp sy dan suami berjalan2 di sekitar resort dan end up order air kelapa muda dan bersantai di restaurant Iftitah. Yang lain selepas berehat di bilik, kira2 pukul 5 mereka bermandi manda di pantai untuk menghabiskan hari dan cuaca yang indah. 



Untuk mendapatkan mknn laut segar tidak menjadi masalah di sini. Segar dan murah. Untuk makan malam km BBQ shj. Udang bakar, ikan bakar, ketam masak sup, petola sup dengan udang. Masak dengan stove mudah alih dan nasi dimasak sendiri di bilik masing2. So, itu shj pengalaman cerita di Pantai Belawai, keesokan harinya kami akan bertolak balik ke Sri Aman. 


Comments