Skip to main content

Hari Pertama di Pantai Belawai


Pantai Belawai? Tentu banyak orang Sarawak tidak tahu di mana lokasinya Pantai Belawai. Bha, mari saya ceritakan pengalaman 3 hari 2 malam kami di sana. (20-22th October 2017)
Trip kali ini bukan suka2 nak honeymoon tetapi km mengikuti parent in-law untuk sama menyertai trip Hari Keluarga Sesco Batang Ai. (FIL bekerja di Batang Ai Power Generation) Asalnya, km bdua xdapat ikut kerna jadual kerja yang ketat dan suami selalu travelling. Last minute plan, minta cuti dan approve! Nak escape dr kerja yang bertimbun2 lok!

How to get there?
Perjalanan menggunakan kenderaan sendiri bermula pukul 7 pagi dari Sesco Township, Batang Ai. Konvoi 7 buah kereta. Dengan pitstop sekali di Jakar, Sarekei utk breakfast...kami tiba di Belawai kira2 pukul 1.30pm. Woah! Jauh perjalanan luas pemandangan. Kalau tengok Maps mmg dekat dengan area Sarekei. Tetapi, jalan ke sana perlu melalui area Sibu. Selepas masuk ke Jalan Bintangor-Sibu akan ada roundabout kecil. Kalau ke kanan akan pergi ke Jetty Ferry Paradom, kalau ke kiri akan ke Bandar Sibu. So, utk shortcut kita guna ferry sahaja! RM5 satu kereta/per way. Jangan risau, jalan lurus shj...
Perhatikan Sign Board menuju ke arah Tanjung Manis, selepas sampai di area Tanjung Manis baru ada signboard arah ke Belawai. So, tak akan sesat ya..
Isi minyak kereta tangki full di Sibu atau Sarekei. Sebab di Belawai atau Tanjung Manis tidak ada Petrol Station! 

Tempat Penginapan
Km check in di Iftitah Resort & Restaurant,Belawai. Tempat ini dibuka sejak tahun 2015 dan dimiliki oleh keluarga Muslim. Km booked Standard Room berharga RM90/night. Bermula Aug 2017, pihak resort telah upgrade kemudahan dr kipas angin ke Air-con. Untuk rate terkini dan update boleh klik link blog mereka Iftitah RnR .
Jangan mengira kmudahan bilik lengkap mcm duduk hotel 3 bintang ya. Sy sarankan bawa Tuala sbb xda tuala mandi yang disediakan. Tisu tandas pun tak ada ok. Nak cari TV tgk news? Tak pyh tgk news lah.. sbb TV tak ada.  Nak masak sendiri boleh... sbb ada BBQ set disediakan depan pintu bilik. boleh BBQ puas2.
Nak mkn restaurant pun boleh.. harga mrk x mhal. harga biasa sj. Dan dpt mkn ala2 sunset dining. Katil pulak, tilam yg jenis biasa shj... bed double decker kayu. Standard room boleh muat 4 orang dewasa.
Surprisingly, banyak kemudahan utk aktiviti di resort ini. Kalah resort2 di Pantai Lundu atau Sematan. Disini banyak aktiviti yang boleh dilakukan oleh pengunjung baik yang day trip atau yang bermalam. Ada aktiviti seperti:


1. Gelanggang Pin Ball
RM30 seorang (60 butir) / atau RM380 (2000++ butir) perbox boleh 10 orang main.
2. Shooting target
RM5 / shoot
3. Banana Boat
RM10 seorang (dapat muat 8 org)
4. ATV ride
RM1 / seminit
5. Beach Car ride
RM50 dpt muat 4 org termasuk seorang pemandu. So,mknanya dpt 3 org duduk shj.

Pekan Belawai
Lepas tu pergi ke Pekan Belawai untuk makan tengahari. Km makan di Pasar Ria Belawai. Untuk pengetahuan yang pertama kali ke Pekan Belawai, inilah tempat makanan yang standard satu-satunya di Pekan Belawai. Pasar Ria ini serve Muslim Food.
Bangsa di Belawai majoriti adalah Melanau beragama Muslim. 
Nak cari Pekan atau Pasar Belawai? Hmmm... Jalan masuk sangat sempit dan hanya ada dua kedai sahaja. Xboleh ditafsir sebagai Pekan Belawai rasanya lebih sesuai adalah Kampong Belawai. Besar lagi Pekan Lachau berganda2. Tiada pasar disini hanya ada 1 kedai pelbagai guna yang dioperate oleh Peniaga Cina dan sebelah nya ada kedai makan peniaga Cina juga. Sepanjang perjalanan menuju ke 'pekan' ada juga kedai runcit di tepi jalan dan diusahakan di dpn rmh masing2. Ada deretan 'wet mart' menjual hasil tangkapan laut yang segar dan murah! Sangat murah... Boleh dptkan 3 ekor ikan besar dgn harga Rm7 atau boleh dpt harga Rm28 sekilo udang laut..
Selepas makan dan membeli beberapa keperluan kami balik ke Iftitah Resort. Jarak dari Pekan Belawai ke Iftitah tidak lama, hanya 10minit mgunakan kenderaan. Sepanjang kawasan pantai sudah ada beberapa pusat rekreasi dan resort yang baru dibangunkan. Agak banyak juga orang datang ke Belawai ini.

Typhoon 'Lan'
Angin bertiup kencang sejak pukul 2.30pm dan kelihatan awan hitam dari laut. Husband dan yang lain tidak sabar untuk memasang layang2 yang dibeli dr Pekan Jakar, Sarekei. Tetapi kira2 pkul 2.50pm... Semuanya berlaku dengan pantas! Angin yang luar biasa.. sangat luar biasa dari biasa. Memaksa semua orang yang asalnya bermain di pantai atau di tanah lapang berlari masuk ke bilik masing2. Tiba2, bekalan elektrik terputus. Angin bertiup kencang dengan bunyi berdegung angin yang kuat diiringi oleh hujan. Terpaksa masuk ke bilik. Hujan dan angin reda selepas 15mins.. pihak resort mengatakan 3 batang tiang elektrik patah disebabkan angin kencang. Talian komunikasi telefon mudah alih terputus-no service. Kami tidak tahu ianya adalah tempiasan Typhoon 'Lan' sehinggalah pukul 6 petang, line digi suami berfungsi. Kebanyakan bahagian di Sarawak juga ada terkena tempiasan Typhoon 'Lan'. Puji Tuhan, walaupun kami sangat dekat dengan pantai dan laut, semua kami tidak ditimpa apa2 kejadian yang tidak diingini. Cuma, yahhhh.... Malam kami tiada electric dan bekalan air juga terputus sebab ianya disokong oleh kuasa elektrik. Generator resort tidak dpt menampung bekalan elektrik menyebabkan hanya beberapa bahagian dihidupkan lampu dan air juga dicaturkan. Rasa back to school pulak! Mandi di tangki air yang jauh dr bilik, bercahayakan lampu picit dan lilin yang telah dibekalkan oleh pihak resort. Banyak yang telah checkout dan mencari penginapan di Tanjung Manis. Siapa tahan tiada air dan tiada elektrik pada zaman ini? Hanya kami sahaja 7 keluarga dan ada 1,2 keluarga lain kekal di Iftitah. What a day.. kalau dekat pun rsnya kami semua akan balik. Tidur dengan panas, mandi dgn air yg dicaturkan. Apakan daya....tiada pulak yang diceritakan nanti kan! Bekalan elektrik hanya restore keesokan harinya pukul 2 pm. So, just imagine. 



Comments