Bali merupakan 'You Only Live Once' bucketlist travel kami berdua. Serius, ini adalah perjalanan ke luar negara kami berdua yang most adventure dan contented! Ticket penerbangan hanya dibooked pada bulan September 2017. Jd tugas untuk 'research' perjalanan juga bermula selepas air ticket confirm. Kami tidak merancang untuk mengikut tour group jadi saya mencari Car Rental service + driver (private tour dr orang lokal) yang boleh membawa kami berjalan semasa di Bali. Untuk pengetahuan juga, perjalanan km ini bukan travel on budget sebab last minute plan.
Tour & Driver Service
Dalam banyak2 driver services, saya dan suami tertarik dengan service Perianta Ikadek (private tour guide) sebab selain dari driver services, ada drone photography dan videography . Kami booked Ikadek dari bulan September 2017. Akan tetapi 2 hari sebelum perjalanan kami ke Bali, Ikadek dimasukkan ke hospital sebab kes Dengue dan perlu berehat sepenuhnya sehingga sembuh.(Ikadek seorang local bali yang beragama Hindu.) Itenerary perjalanan juga dirangka oleh Ikadek kerana dia lebih arif berkenaan masa dan harak tempat disana. Ikadek mberikan driver pengganti iaitu Novan tetapi sedikit kecewa apabila service yg dijanjikan (Drone photo and video) tiada disediakan. Kami still bayar IDR500k/ per day kepada driver pengganti iaitu Novan sebab kami faham untuk cari makan itu susah, better to give than receive. Overall, Novan seorang yang easy going, kita sama umur so, tak ada masalah sangat. We recommend juga Novan, dia seorang Jawa Muslim yang telah menetap lama di Bali. Kalau mahu service Perianta Ikadek atau Novan, saya ada screen shot Account Instagram mereka di bawah.
Letusan Gunung Berapi
Oleh kerana meletusnya Gunung Agung pada hujung bulan November 2017, kami hampir2 membatalkan trip ke Bali dan mencadang untuk ke tempat lain. Kami juga ada meminta nasihat Ikadek mengenai situasi disana dan difahamkan keadaan di Bali adalah selamat dan tempat yang kami kunjungi adalah jauh dari Gunung Agung iaitu kira2 70+ km. Dan syukur! Saya juga menyakinkan suami untuk tetap meneruskan trip kami kali ini. Suami ada membeli Travel insurans untuk kami berdua untuk langkah berjaga2, tidak salah sekali sekala menguntungkan pihak insurans!
Perjalanan hari pertama
Beberapa hari sebelum berangkat, kami menerima emel dari Malindo Air ttg flight re-time. Ianya dilewatkan dan dijangka tiba di Denpasar Bali lewat pukul 10malam dari KLIA. Tetapi pada hari perjalanan kami, flight diawalkan ♥️ Dari Kuching ke KLIA dan menunggu satu jam setengah untuk transit flight menggunakan Batik Air KLIA ke Denpasar Bali. Kami tiba di bali pukul 8 malam dan Novan telah menunggu kami dengan Tag nama ' Fabian' di ruang ketibaan. Perjalanan ke hotel mengambil masa kira2 30 mins.
Dalam menunggu baggage, jangan lupa ambil borang Kastam supaya tidaklah membazir masa disitu. Jangan seperti kami ya... Tunggu baggage + isi borang kastam sudah ambil masa 30 mins so, kluar dari balai ketibaan sudah 8.30pm.
Dan ada Tourism Information tidak jauh dari tempat menunngu baggage, jgn lupa ringankanlah tangan mengambil satu dua flyers. Mungkin berguna!?
Tempat Penginapan
Penginapan yang ditempah melalui Traveloka tidak mengecewakan kerana kami mendapat deal yang berbaloi , 4 malam hanya RM292.90. Oleh kerana harga yang begitu murah, jadi kami tidak mengharapkan untuk mendapat tempat yang cantik ala2 4 star hotel. Keletihan akibat perjalanan yang mengambil masa seharian itu hilang selepas sampai ke hotel. The Aswana Seminyak melebihi jangkaan kami! Sangat modern, simple design dan selesa. Facilities asas seperti Bilik air-cond, ada water filter hot and cold, free wifi, room service, kolam renang, cafe etc. Ini saya recommend 100%! Kami tidak risau sangat psl kemudahan yg penting boleh tidur dan mandi, rancangan kami ke Bali bukan untuk stay 24hrs di hotel pun! Hotel hanya tempat persinggahan dan rehat shj. Ada yg suka checkin dan checkout byk hotel..so, itu terpulang tapi km berdua jenis yg bukan nak merasa tinggal di bermacam2 hotel. Cukup hanya satu shj untuk entire trip.
Related post: Bali Journey Day 1
Comments
Post a Comment
Thanks for dropping your mind here...have a nice day ^^