20 Disember 2017
Selepas masuk hari ke tiga di Bali, ada beberapa perkara yang saya telah perhatikan:1. Di setiap road juction atau gerbang masuk ke kawasan 'Desa' terdapat Sculpture (mungkin Dewa) yang sangat besar.
2. Pintu entrance nya kecil. Saya ada tanya Novan, akan tetapi dia juga kurang pasti dan dia juga mempunyai persoalan yang sama.
3. Tiada bangunan tinggi kelihatan. Apabila tanya dengan Novan, jawapannya: orang disini percaya bangunan/rumah tidak boleh melebihi ketingggian Pura / Temple.
4. Minuman disini tak ada dicampur susu pekat manis atau krimer. Kalau order Teh contohnya di Malaysia akan ada pilihan Teh O, Teh C , Teh Special etc. Di Bali hanya ada Teh atau Kopi yang dicampur gula (kadar penggunaan gula dalam minuman sangat tinggi) sy request teh tetapi gula dipisahkan-msh juga manis. Hahaha...
Berbalik kepada perjalanan kami hari in kami menjelajah kawasan Ubud. Hari ini perjalanan diawalkan kerana ingin catch-up masa teater rakyat Barong dan Kris Dance. Entrance fee IDR100k / seorang. Kami antara yang terawal tiba, cuaca nampaknya cerah. Akan tetapi ditengah2 teater dijalankan, hujan turun lebat serta ribut melanda. Kbykn penonton berpindah ke tempat duduk yg lebih tinggi,tetapi kami berdua msih kekal di tempat duduk yg sama. Ianya tidak menghalang konsentrasi kerana bg saya cerita rakyat Barong dan Kris dance ini sangat berguna untuk diketahui. Disini sy bnyk belajar Dewa2 yang dipuja oleh orang Bali, teater ini berlansung selama satu jam dan tidak lah boring seperti entri orang yg pernah sy baca. Mungkin kerana saya dan husband bjiwa seni? *Laugh* seriusly, Pls jgn skip acara ini kalau ada di Bali!
Meningalkan tempat dengan tempias hujan yang lebat kami meneruskan perjalanan ke Batuan Temple dan hujan msh turun dengan lebat juga. Hari ini memang perjalanan menempuh hujan.. Masuk kesini tiafa bayaran kerana ianya by donation- sy memberi IDR20k.
Selepas itu, Novan membawa kami makan tengahari dan saya request untuk mencoba menu Bali yang famous iaitu Bebek atau Itik. Saya bukan lah seorang yg suka makan Itik, sebab bg sy bau itik terlalu kuat dan deria sy sukar menerimanya. Tetapi sy coba untuk positif diri dan minda..ini merupakan kesempatan yg mungkin xdpt sy ulang lagi..so, tak salah mencoba! Sy order Bebek crispy, husband order Smoked Duck. Itik sy digoreng sangat rangup sampai kita boleh memakan tulangnya.. dlm gambar nmpk kecil tetapi hakikatnya portion yg diberi sgt besar, seekor itik yang kecil tu! Sy rekomen hidangan ini 100%. Total lunch kami IDR335,000.00
Perut sudah kenyang dan km meneruskan perjalanan ke Ubud. Semasa tiba di Ubud, pekan kecil ini sesak dengan orang seperti di Seminyak. Rata2 akan melihat banyak bukan orang lokal disini. Tempat Tourism kan. Dan, hmm kami fikir membeli brgn di sekitar ini murah tapi selepas borong byk brg... Km rasa menyesal keesokkan harinya kerana di tempat lain berganda murah (tanpa tawaran berlaku) dari yang dijual di Ubud. So, nasihat sy...jgn membeli brg di Ubud. Di Tanah Lot murah lagi!!! Tetapi sy tetap akan kongsikan gambar km di Ubud dan tips membeli barang. Disini ada CIMB Niaga dan bg yg dr Malaysia, boleh withdraw duit di sini jika kekurangan duit.
Tips membeli :
1. Boleh bertanya harga (tidak salah) tapi jangan membuat tawaran. Buat tawaran harga apabila hendak atau benar2 ingin membeli sahaja. Dan apabila sudah berpuas ht dgn tawaran harga, pastikan kamu membelinya!
2. Kalau ada masa berjalan hbis pusing satu market sebelum membuat keputusan untuk membeli.
3. Kuali barangan di jual di market selalunya brg reject, kena pilih dan tgk dgn teliti. Paling bgus beli shj di kedai Ole2 standard yg sudah ada harga tapi harga tetap tak dpt ditawar lg ygbpnting kualiti dipercayai bagus! Yg ini tips dr driver kami. *Tp kami bdua dh xsbr...haha semua borong di Ubud Market. Km berdua berpuas hati kerana berjaya mbuat tawaran IDR100k untuk sehelai baju batik Bali yg standard harga rata2 km survei IDR200k. Tuan kedai ialah wanita yg bergambar dgn sy dibawah. Total spending kami disini IDR1,200,000.00 penuh beg galas husband!
Selepas berjalan dua jam di Ubud Market.. Novan membawa kami ke Kopi Luwak Farm. Untuk pengetahuan ramai, Kopi Luwak farm banyak di Bali. Terpulang dgn driver dia mahu bawa ke mana dan Novan bawa km ke Naz Harum Farm. Kopi Luwak ini adalah hasil dari sisa cernaan haiwan yang bernama Luwak @ Musang. Dengar sisa cernaan pun sudah rasa pelik. Macamana??
1. Biji kopi ini akan diberikan kepada Luwak untuk dimakan dan makanannya hanyalah biji kopi.
2. Luwak tidak dapat mencernakan biji kopi, hanya luaran biji kopi yg lembut shj dimakan.
3. Sisa cernaan itu akan diambil untuk memulakan proses pmbuayan Kopi yang termahal.
4. Biji dibasuh, dicemur dan dikeringkan sebelum digaring di atas kuali panas. Biji itu ditumbuk.
Disini kami dpt taste bermacam2 jenis kopi dan teh. Antara banyak2,yang paling sedap adalah Teh Mangosteen dan Kopi Ginseng!! Kami berdua membeli Kopi Ginseng sebungkus dibawa balik Sarawak yang berharga IDR150k sebungkus. Kami tidak membeli Kopi Luwak sebab harhanya sangat mahal... Tetapi, jika ingin mencoba Kopi Luwak, bayaran IDR50k secawan dikenakan. Gara2 ingin mengetahui rsnya, kami mencoba satu gelas kopi Luwak. Dan mereka memberikan satu cawan Kopi Bali secara free untuk perbandingan. Kami berdua bukanlah penggemar kopi jadi ssh untuk bezakan rasanya. Bagi saya, bau kopi Luwak lebih wangi dibandingkan kopi Bali, rasanya susah saya bezakan - hampir sama rasa, yalah.. ini kan biji Kopi Bali yg dimakan Luwak.
Last trip of the day adalah Trekking Tegalalang Terrace Paddy Field. Ticket masuk IDR20k seorang. Dari kaunter ticker, kita msih lg perlu bjalan ke pintu gerbang.. dlm perjalanan km dipanggil dan dipujuk oleh pnjual kedai. Rs kasian pulak apabila mdngar bisnes tidak bagus kerana pelancong tidak byk gara2 letusan gunung Agung. Dia coba untuk meminta kami membayar dalam RM. Tetapi kami berdua menggunakan IDR shj. Gara2 ingin cepat menuju tempat yg hendak ditujui kami tidak menawar harga untuk 7 helai baju tidur perempuan yg diambil IDR300,000.00
Selepas itu menyesal hahahahahaha sebab tempat lain jauh lg murah. RIP our moneyyyy...
Trekking ke puncak Padi Bukit berlereng ini mengmbil masa 30 minit naik dan turun. Dgn stamina yg ciput, berselipar Jepun menuruni dan naik tanah lereng padi dan tangga yg berlumut, hujan plus tanah becak kami harunginya. Sampai di puncak yang hairannya ada lg orang kumpul donation, tadi kan sudah byr tiket masuk?? Hmm. Selagi xberi donation dia x mahu km masuk ke tempat yg ada kerusi kayu tu.
Tioga Sports Betting - Team Analysis - Tioga Sports
ReplyDeleteTioga Sports Betting is a multi-game mens wedding bands titanium sports titanium earrings hoops betting and the most traditional betting titanium boiling point facility in Ohio. We offer betting titanium eyeglass frames on any NFL, titanium jewelry for piercings NBA, MLB,