Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2018

Bali Journey Day 2

20 Disember 2017 Selepas masuk hari ke tiga di Bali, ada beberapa perkara yang saya telah perhatikan: 1. Di setiap road juction atau gerbang masuk ke kawasan 'Desa' terdapat Sculpture (mungkin Dewa) yang sangat besar. 2. Pintu entrance nya kecil. Saya ada tanya Novan, akan tetapi dia juga kurang pasti dan dia juga mempunyai persoalan yang sama. 3. Tiada bangunan tinggi kelihatan. Apabila tanya dengan Novan, jawapannya: orang disini percaya bangunan/rumah tidak boleh melebihi ketingggian Pura / Temple. 4. Minuman disini tak ada dicampur susu pekat manis atau krimer. Kalau order Teh contohnya di Malaysia akan ada pilihan Teh O, Teh C , Teh Special etc. Di Bali hanya ada Teh atau Kopi yang dicampur gula (kadar penggunaan gula dalam minuman sangat tinggi) sy request teh tetapi gula dipisahkan-msh juga manis. Hahaha... Berbalik kepada perjalanan kami hari in kami menjelajah kawasan Ubud. Hari ini perjalanan diawalkan kerana ingin catch-up masa teater rakyat Barong dan Kr...

Bali Journey Day 1

19 Disember 2017 Hari yg dinantikan bermula hari ini! Masih tidak percaya kami berada di Island of thousand Gods ini. Novan sudah berpesan dia akan pickup kami pukul 9 pagi. Jadi kami sudah bangun awal,mandi dan turun bersarapan. Untuk sarapan pagi, disediakan kerana pakej ada include breakfast. Menu hotel tiada pilihan yang banyak tapi kami jenis yang tidak memilih dari segi makanan. Dari segi budget breakfast kami sudah save banyak! Hubungan komunikasi dengan keluarga di Sarawak tidak terputus kerana ada wifi di hotel. Tips Penting: Kami guna wifi sahaja. Tak payah beli sim card sebab yayh...we still survive the 'no data' day at Bali. Just enjoy your trip. Dont bother much to upload. Balik hotel boleh upload and share dalam Instagram kan! Itenerari untuk hari ini seperti yg dirangka oleh Ikadek. Pagi ini kami akan berada di Tanjung Benoa untuk aktiviti Water Sport. Kami berdua sgt teruja kerana ini adalah satu2nya kesempatan untuk beraktiviti dan itenerari seterusnya ...